Perjalanan Alam Perkahwinanku

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 4, 2012

My kad baru 2012


PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Jariah Mohd Said.
Beliau berkata pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari.
Katanya, orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.
"MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
"Selain itu, MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat. Jariah berkata, JPN yakin pengeluaran MyKad aru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.
Beliau juga berkata, MyKad baru telah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan tekonologi terkini dan ia telah memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang telah ditambahbaik.
Jariah turut menjelaskan, cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Jan), Kuantan (15 Jan), Melaka (17 Jan), Kuching dan Kota Baru (20 Jan), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Jan).
Selain itu, beliau berkata pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Feb), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain (7 Feb) serta cawangan di Wilayah Persekutuan (15 Feb). "JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan.
"Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak," katanya.
- mstar

p/s - x suke la,baru jer tukar mykad bulan lepas sebab hilang..byr RM 60 pulak tu..nak tukar baru nie nak kena bayar RM 10 lagi...ermmmm

No comments:

Post a Comment