Seriously sedih bila baca ayat dari fynnjamal nie...sungguh mendalam maksudnya
5 tahun lepas, ketika aku sdg ronyok, aku ke
redang.
re-evaluating my kosong life.
ranap. hancur. pecah. lebur.
kemudian dari redang, aku balik ke rangkul
abah.
aku lurukan semuanya dalam bisu airmata
aku.
bila abah tanya kenapa, aku bohong.
aku cakap "rindu. saja. lama tak
nangis".
aku bukan jenis bercerita kisah
sedih.
malam itu, di rumah abah, sebelum tidur, aku
tepuk bantal aku--
satu tips dari kecil aku amalkan untuk
dikejutkan subuh tanpa alarm clock
(tawakkal dan boleh cuba. xpernah gagal
mengejutkan kita. nak tak nak bangun saja)--
dan sambil menyuruh kejut, aku
cakap
"Tuhan, bangkitkan aku besok dengan ruh yang
baru.
tutupkan hati aku dari laki2. kerana aku
sudah letih.
bukakan ia cuma untuk lelaki yang mau
menjadikan aku isterinya."
esok pagi, aku bangkit seorang yang
baru.
dan esok pagi itu juga-- aku ditegur suami
aku.
tidak sempat 3 bulan, kami dimiliki sesama
sendiri.
:) 5 tahun lepas, aku potretkan sebuah gambar
di hujung kapal.
beginilah.
kelmarin, selepas 5 tahun, aku di
situ.
bersama permata hati kami.
always believe in Allah yang maha
mengasihan.
He knows us best.
Let Him bring you where you should
be.
dont fight your taqdir.
embrace it.
things you like might be things God KNOWS
you do not need :)