Berakhirlah 2012
Maka detik jam 00.00hrs
malam nie, maka berakhirlah tahun 2012 yang penuh suka dan duka dalam
hidupku bersama suami. Mengingat kenangan yang lalu membuat aku
tersenyum kerana semua yang berlaku telah mematangkan lagi diriku.
Ikatan cinta yang terbina juga makin bertambah usianya,...benar kata
orang "First year of the Marriage is the hardest"...tapi
aku dan hubby telah laluinya dan ianya memberi kami pengalaman yang
penuh bermakna. Maka tahun akan datang ini adalah tahun kedua
perkahwinan aku dan hubby. Moga tahun 2013 memberi kami rezeki yang x
ternilai. Terima kasih Allah S.W.T kerana sampai saat ini aku dan
suami serta keluarga, sahabat handai masih diberi peluang bernafas di
muka bumi ini.....