Perjalanan Alam Perkahwinanku

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 12, 2011

Salah ke wanita bila.....



Wanita ni adalah insan yang unik, di ciptakan tuhan utk menjadi isteri, aweks, makwe, dan peneman dan pasangan hidup @ pembantu yang setia bagi lelaki. Seorang yg penyayang, setia , jujur dan byk lagi. Huh!! Dalam keunikan ni juga ada beberapa benda yg membuatkan orang perempuan mudah berubah. Ya, mudah berubah. tp ada gak sesetengah yg tak berubah dan tetap setia. Saya nak kongsikan kesalahan besar kenapa wanita mudah berubah apa bila dia sudah berkahwin.



Wanita mudah berubah di sebabkan oleh sifatnya yang gelojoh. Ya wanita berkahwin sememangnya gelojoh. (kalau hampa nak tau) Dia gelojoh untuk menjamah makanan kerana nak memujuk bayi kecilnya yg sedang menangis meminta susu. Kalau di rmh, kenala mkn dgn cepat waktu bayi tengah tido, takut bila dia terjaga dia meraung meminta susu. Tu kesalahan pertama.
Wanita mudah berubah, daripada slim kepada gemuk di sebabkan pemakanan yang gelojoh seperti di atas. Kaum lelaki plak camne?
Makan wat tak tau je, membiarkan isteri memujuk bayi. Isk3.. 

"Lagi satu kat restoran haritu aku biasa nampak, si isteri sambil memegang baby, sambil mencedok lauk utk suaminya, Suami dia siap mkn dgn penuh kelazatan, tp si isteri tetap sabar meneman suaminya mkn. Agaknya dia tunggu suami habiskan makan dulu, pastu baru suami ambil dan jaga anak. Sayu betul hati bila tengok situasi macam ni. Isteri lelaki ni semestinya isteri solehah, mudah2an dia di tempatkan di tempat selayaknya. Amin"

Kalau kat rumah, si isteri juga tak sanggup membuang makanan, katanya membazir, si isteri akan cuba habiskan. sbb tu jugakla wanita mudah berubah, tp bila tengok isteri mkn banyak macam tu, si suami cakap kuat makan. menghabehkan boraih je. Ade ke patot?


Wanita kelihatan cepat tua dari usia. Umum kita tau, bayi yang baru beberapa bulan mesti akan menangis siang dan malam. Tak kira pukul berapa pagi. Si Isteri yang bangun tengok bayi tu, kalau semalam je dah dekat 10 kali bangun, tak ke menganggu masa tido wanita, dan menampakkan kedut2 tanda muka letih dan tak bermaya. Kalau hari2 macam ni, mesti si isteri akan cepat kelihatan tua dari usia sebenar. Yang si suami pulak, buat2 tak tau tido je.

Suami dan isteri masing2 bekerja, lepas balik kerja, si isterila kena mengemas rumah, memasak, dan melihat anak2.. Kalau anak2 nakal si isteri tlg menasihatkan dan marahkan anak2. Bila dah kerap marah lagi la cepat nampak tua. Pakai produk olay ke, suntikan botox ke semuanya dah tak berkesan. 



Bila nampak isteri sudah tua, berubah bentuk dan keadaan, mulalah si suami ingin mencari lain. Adakah patut semua ni terjadi? berbaloikah semua kenangan percintaan, pengorbanan yang di lalui bersama, di lupakan di sbbkan perubahan di atas. Wahai lelaki/wanita sayangilah isteri/suami anda, kerana mereka sememangnya tercipta utk anda. Sayangila mereka kerana Allah, sbb merekalah jodoh anda, Anda mempunyai hak ke atas mereka, begitulah mereka mempunyai hak ke atas anda.

"Ya Allah ya tuhan kamu, temukanlah kami jodoh yang terbaik buat kami . Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan di redhai, lindungilah kami dari neraka jahannam sesungguhnya ia adalah seburuk2 tempat kembali. Berikan kejayaan dunia dan akhirat kepada kami. Amin."