Perjalanan Alam Perkahwinanku

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 11, 2014

Quote from FynnJamal

Seriously sedih bila baca ayat dari fynnjamal nie...sungguh mendalam maksudnya
 
 
 
5 tahun lepas, ketika aku sdg ronyok, aku ke redang.

re-evaluating my kosong life.

ranap. hancur. pecah. lebur.

kemudian dari redang, aku balik ke rangkul abah.

aku lurukan semuanya dalam bisu airmata aku.

bila abah tanya kenapa, aku bohong.

aku cakap "rindu. saja. lama tak nangis".

aku bukan jenis bercerita kisah sedih.



malam itu, di rumah abah, sebelum tidur, aku tepuk bantal aku--

satu tips dari kecil aku amalkan untuk dikejutkan subuh tanpa alarm clock

(tawakkal dan boleh cuba. xpernah gagal mengejutkan kita. nak tak nak bangun saja)--

dan sambil menyuruh kejut, aku cakap 

"Tuhan, bangkitkan aku besok dengan ruh yang baru. 

tutupkan hati aku dari laki2. kerana aku sudah letih. 

bukakan ia cuma untuk lelaki yang mau menjadikan aku isterinya."

esok pagi, aku bangkit seorang yang baru.

dan esok pagi itu juga-- aku ditegur suami aku.



tidak sempat 3 bulan, kami dimiliki sesama sendiri.

:) 5 tahun lepas, aku potretkan sebuah gambar di hujung kapal.

beginilah.



kelmarin, selepas 5 tahun, aku di situ.

bersama permata hati kami.

always believe in Allah yang maha mengasihan.

He knows us best.

Let Him bring you where you should be.



dont fight your taqdir.

embrace it.

things you like might be things God KNOWS you do not need :) 

No comments:

Post a Comment