Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa, Pasibal Julaini, 26, dari Sabah mati di tempat kejadian manakala seorang rakannya yang belum dikenal pasti identiti parah selepas diserang 20 lelaki menunggang 10 motosikal.
Ketika kejadian, mangsa, pekerja kilang bersama lima rakannya bermain gitar di bawah blok terbabit sebelum sekumpulan lelaki bermotosikal bersenjata parang muncul dan menyerang mereka bertubi-tubi.
Difahamkan mangsa yang maut tidak sempat melarikan diri sebelum ditetak beberapa kali di kepala dan belakang badan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, menyifatkan kumpulan lelaki itu amat ganas kerana menyerang mangsa tanpa belas kasihan sehingga membawa kematian.
“Usaha menjejaki semua suspek kini giat dilakukan dan siasatan awal mendapati pergaduhan ini berpunca daripada dendam.
“Si mati dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan rawatan lanjut. Mangsa yang cedera juga sudah stabil,” katanya di sini, semalam.
Sepasukan polis dari Unit Forensik dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengumpul bukti berhubung kejadian itu.
Polis menyiasat sebuah motosikal yang terbakar di padang permainan tidak jauh dari tempat kejadian sama ada ia mempunyai kaitan serangan terbabit.
p/s : petikan ni aku ambil dari harian metro..
kenapa cerita ni aku paparkan di blog aku.. sebab.. mangsa yg meninggal tu.. warga sabah tu adalah.. jiran aku,kawan aku membesar... kasihan.. jenazah telah selamat di bawa pulang ke sandakan dan di kebumikan di sana....
tapi keluarga mangsa tentu sedang bersedih dgn apa yang terjadi pada arwah.. aku tumpang simpati dan takziah pada keluarga mangsa....
semoga roh arwah dicucuri rahmat....al-fatihah
No comments:
Post a Comment