Perjalanan Alam Perkahwinanku

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 27, 2014

Hutang

Hutang jangan tak bayar...especially untuk sesape yg berhutang, tp buat2 lupa x bayar.
Jangan nanti kat padang masyar kau sibuk cari org yg kau telah berhutang..
Pemiutang pon dah malas layan...sebab malas nak remind setiap bulan...
padahal dah janji nak bayar....kau dah hutang kau nak ugut2 pemiutang...
so inilah jawabnya...
 
 
klik untuk lebih jelas..
 
 
So pada yang berkenaan...mohon terasa yer..
Selagi saya hidup...saya TIDAK HALALKAN hutang2 yang kau pinjam dari aku..
Bila saya dah mati nanti...Saya HALALKAN semua hutang piutang kau..
Kau = seseorang yg xmahu bayar hutang..
 
Untuk sahabat2 rapat saya..keluarga saya...saya Halalkan apa saja yg pernah saya beri ataw pernah sesapa pinjam. Sebab korang orang tersayang saya...

Wednesday, February 26, 2014

Cuti-cuti 2013 Rumah Terbalik Kota Kinabalu

Salam,
 
Entry nie agak lapuk sikit...apa tidaknya...cutinyer bulan disember 2013 aritu
sekarang dah bulan februari...ni pon dah masuk mac...
hahaha....
 
takpelah...sapa sudi tgok silakan..
 


 
Sedondon kan....buat posing ala dah selim..waktu nie berat badan 62kg
masa diet atkins 2 minggu.
 

Saturday, February 15, 2014

Tarian Igal Igal Βajau dan Dalling-Dalling Вajau

Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina.
Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dalling-dalling di kalangan generasi muda.
Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan Іgal Іgal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai.
Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan dan Ѕemporna.
Perkataan dalling-dalling adalah kata terbitan ganda "dalling" menjadi "dalling-dalling", daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan.
Tarian dalling-dalling diiringi oleh "sangbai" iaitu pantun memuji yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi.
Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik.
Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang.
Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.
Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun.
 Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.
 
sumber ; wikipedia


 
Ni gambar masa saya bernikah..pengantin memang selalunya dipaksa untuk menari igal-igal nie..
Masa nie badan masih selim gituuu....
 

Tuesday, February 11, 2014

Quote from FynnJamal

Seriously sedih bila baca ayat dari fynnjamal nie...sungguh mendalam maksudnya
 
 
 
5 tahun lepas, ketika aku sdg ronyok, aku ke redang.

re-evaluating my kosong life.

ranap. hancur. pecah. lebur.

kemudian dari redang, aku balik ke rangkul abah.

aku lurukan semuanya dalam bisu airmata aku.

bila abah tanya kenapa, aku bohong.

aku cakap "rindu. saja. lama tak nangis".

aku bukan jenis bercerita kisah sedih.



malam itu, di rumah abah, sebelum tidur, aku tepuk bantal aku--

satu tips dari kecil aku amalkan untuk dikejutkan subuh tanpa alarm clock

(tawakkal dan boleh cuba. xpernah gagal mengejutkan kita. nak tak nak bangun saja)--

dan sambil menyuruh kejut, aku cakap 

"Tuhan, bangkitkan aku besok dengan ruh yang baru. 

tutupkan hati aku dari laki2. kerana aku sudah letih. 

bukakan ia cuma untuk lelaki yang mau menjadikan aku isterinya."

esok pagi, aku bangkit seorang yang baru.

dan esok pagi itu juga-- aku ditegur suami aku.



tidak sempat 3 bulan, kami dimiliki sesama sendiri.

:) 5 tahun lepas, aku potretkan sebuah gambar di hujung kapal.

beginilah.



kelmarin, selepas 5 tahun, aku di situ.

bersama permata hati kami.

always believe in Allah yang maha mengasihan.

He knows us best.

Let Him bring you where you should be.



dont fight your taqdir.

embrace it.

things you like might be things God KNOWS you do not need :) 

Saturday, February 8, 2014

Dah bulan Februari

Sedar x sedar dah bulan februari kan?...
Cepat betul masa berlalu...
Hubby dah balik dari operasi kat Selangor..
So...kita berdua honey2moon gitu....
 
Nie saya nak citer cikit, semenjak dua menjak nie
saya dah malas pakai mekap bila nak kerja..
Just pakai bedak and lip balm then siappp....
Nampak x kemalasan disitu....
Maybe sebab saya dah x kerja di kaunter lagi...
Sekarang duduk kerja Personel....memang mengadap kerja je memanjang
 
Semalam saya dengan hubby g drive ke Batu pahat....
Singgah kedai joran...susah sangat cari kedai joran nie...
dahlah cuaca panas...huh,nasib baik jumpa...
Then g The Summit Batu pahat...bangunan nie macam dah old kan...
Kedai2 pon x banyak...tp ok lah...
Saya dengan Hubby cuba karaoke dekat cnie...ok,not bad tempatnya..
Cuma last song kita orang Memori Berkasih dipotong setengah je sebab dah cukup jam...
Kalau temat karaoke lain mesti habiskan terus lagu tu....
disitu kelemahannya...kedekut...
 
Konon nak update blog nie selalu...
tapi malas...melanda diri...
 
Sekarang mood diet diaktifkan lagi......
jom diet....hari ini start balik dengan berat 65kg