Perjalanan Alam Perkahwinanku

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 19, 2013

Kualiti udara di Johor paling tidak sihat


Kuala Lumpur: Johor menjadi antara negeri yang masih memiliki kualiti udara tidak sihat apabila rekod bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di tiga stesen pengawasannya, melebihi IPU 101 sehingga jam 5 petang semalam.

Stesen berkenaan di Pasir Gudang mencatat IPU 148, Larkin Lama (IPU 122) dan Kota Tinggi (IPU 126), namun Stesen Muar memiliki status kualiti udara sederhana menerusi bacaan IPU 68.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan berkata, Kemaman, Terengganu yang pada jam 11 pagi menunjukkan bacaan tidak sihat (IPU 103) mengalami penurunan kepada IPU 99.

Manakala, 16 stesen dikategori baik dengan bacaan antara 0 dan 50 serta 32 lagi direkodkan pada tahap sederhana antara 51 hingga 100. Bagaimanapun, sehingga kini tiada kawasan berada pada tahap sangat tidak sihat antara 201 hingga 300 selain 300 ke atas yang dikelaskan sebagai berbahaya.

JAS berkata secara keseluruhannya, status kualiti udara di kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung sudah bertambah baik meskipun Pantai Timur Semenanjung masih mencatat IPU pada tahap tidak sihat.

“Ini berikutan pencemaran jerebu merentasi sempadan dan negara kini sedang mengalami musim Monsun Barat Daya bermula Jun dan dijangka berterusan sehingga September 2013. “Kebanyakan kawasan titik panas (hotspot) adalah tertumpu di Sumatera Tengah, Indonesia manakala, Peta Jerebu Serantau menunjukkan pergerakan asap jerebu dari kawasan kebakaran dan tiupan angin dari arah barat daya membawa pencemaran ke kawasan Pantai Barat, terus merentasi Pantai Timur Semenanjung,” katanya.

Maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan terdapat lingkaran asap jerebu di kawasan kebakaran di Wilayah Riau Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke Selatan Pantai Barat Semenanjung.

Berikutan itu JAS menasihat orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertakluk peruntukan serupa, kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan.

JAS akan terus mengawasi status kualiti udara di seluruh negara mengikut tindakan digariskan di bawah Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan selain Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka.

Penguatkuasaan turut dipertingkatkan ke atas kenderaan bermotor dan industri yang melepaskan asap menyalahi peruntukan undang-undang negara.

Sementara itu, orang ramai diminta melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

myMetro 19 Jun 2013

INFO JEREBU 2013

Pengenalan
Apa itu jerebu?

Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.
Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?


Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:

* Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
* Ozon
* Gas Karbon monoksida
* Gas Nitrogen dioksida
* Sulfur dioksida

Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan
[Atas]


Apakah Indeks Pencemaran Udara?

IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.


Nilai IPU


Status Kualiti Udara


Diskripsi

0 hingga 50
Baik

51 – 100
Sederhana

101 – 200
Tidak sihat


Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas

201 – 300
Sangat tidak sihat

Orang ramai terjejas
Lebih daripada 300


Bahaya

Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?

Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.

Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.

Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;

* Kesukaran untuk bernafas
* Serangan jantung
* Gatal–gatal pada tekak
* Gatal–gatal pada mata
* Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
* Gatal–gatal pada kulit


Kumpulan yang berisiko
Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?


Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;

* Kanak–kanak

* Warga emas

* Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
* Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
* Perokok


Pencegahan
Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?


Tip–tip kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.

* Kurangkan aktiviti luar.

* Jangan merokok.

* Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

* Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.

* Dapatkan nasihat perubatan.

* Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.

* Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.

Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda

* Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
* Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
* Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.

Tuesday, June 18, 2013

Jerebu Jun 2013 di Johor Bahru

Jerebu oh Jerebu....
Haritu baru jer konon-konon rindu bau asap mak mertua bakar daun2 kering di kampung...
sekarang dah jerebu...dah sakit hati plakksss....
Pada kawan-kawan kalau boleh kurangkan aktivti di luar rumah yer....
Duduk je kat umah masak...tengok tv..bermain dengan anak-anak (kalau aku anak kucing ada ler)...
Lagipun Kementrian alam Sekitar kata jerebu dah ok tapi kita waspada la sikit kan...demi kesihatan..
kalau kat luar jangan lupa pakai mask...lindungi diri dari jerebu...

 

Sunday, June 16, 2013

Selamat Hari Bapa 2013

Selamat hari bapa pada ayahku John Perry.....
Selamat hari bapa juga pada suamiku Ridwan.....
Ucapan2 lain kita ucap depan2 je lah yer.....love both of you...


Ambik aura kejap

Ni pict masa adik aku bertunang...baby ne sangat menggeramkan...
Baby ne anak tetamu yang datang....pinjam kejap ye kak...


Kawan-kawan....amacam ada wajah keibuan tak....???

Thursday, June 6, 2013

Mutiara Kata Hari Ini

Kebencian Tidak Dapat Dimusnahkan Dengan Kebencian
Melainkan Dengan Kasih Sayang

Kesenangan Hati Dan Ketenteraman Jiwa
Lebih Berharga Dari Pangkat Dan Kekayaan

Usia Tidak Akan Mengampunkan Segala Dosa Yang Dibuat Oleh Kita,
Mintalah Keampunan Dengan Bertaubat

Kesilapan Yang Kita Lakukan Adalah Pelajaran Baru
Untuk Mencapai Kejayaan

Tuesday, June 4, 2013

Happy birthday to me

Selamat hari jadi pada diri sendiri dah lepas kot.......dah 26 tahun...tua suda kannnn
Dah berapa layer kedut2 kat muka.....

Being 25 year old...

Apa yang aku kecapi...lalui....pengajaran...impian..

        1. Zuriat – belom rezeki ku lagi...but dah ada sound2 yg bingit untuk didengari.
        2. Rumah – belom beli lagi,plan pon xda lagi...nak mengharap suami ker?
        3. Kereta – i'm still setia pada kancil ku nan 1 yang banyak berjasa pada tuan dia ne..
        4. Family – lot of thing happen make me stronger than yesterday...
        5. Kerja – oh god aku dah kena transfer masuk cawangan lain...yet kerja pon mencabar dowh.
        6. Money – baru nak hegeh2 buat loan asb..whatever la kan..
        7. Apa lagi?......next time kita senaraikan lagi k....
          bersambung.....