Perjalanan Alam Perkahwinanku

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 30, 2012

BERAKHIR DAH 2012




Berakhirlah 2012

Maka detik jam 00.00hrs malam nie, maka berakhirlah tahun 2012 yang penuh suka dan duka dalam hidupku bersama suami. Mengingat kenangan yang lalu membuat aku tersenyum kerana semua yang berlaku telah mematangkan lagi diriku. Ikatan cinta yang terbina juga makin bertambah usianya,...benar kata orang "First year of the Marriage is the hardest"...tapi aku dan hubby telah laluinya dan ianya memberi kami pengalaman yang penuh bermakna. Maka tahun akan datang ini adalah tahun kedua perkahwinan aku dan hubby. Moga tahun 2013 memberi kami rezeki yang x ternilai. Terima kasih Allah S.W.T kerana sampai saat ini aku dan suami serta keluarga, sahabat handai masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini.....























Wednesday, December 26, 2012

Tips Tidur yang Sehat dan Larangan Dalam Tidur

Tips Tidur yang Sehat dan Larangan Dalam Tidur

Manusia dapat bertahan 2 minggu tanpa makan, tetapi hanya bertahan 1 minggu saja tanpa istirahat. Tidur adalah waktu istirahat yang sangat baik, dgn tidur organs tubuh kita dapat beristirahat. Kekurangan tidur dapat merusak organ dan otak kita.
Ada 5 LARANGAN DALAM TIDUR :
JANGAN TIDUR MENGENAKAN JAM TANGAN
Jam bisa menimbulkan radioaktif,walaupunhanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya bisa berbahaya .
JANGAN TIDUR MEMAKAI BH (buat yg cewe ^_^ )
Para ilmuwan di Amerika mensinyalir bahwa pemakain BH diatas 12 jam, dpt mengakibatkan Kanker Payudara.
JANGAN TIDUR MEMBAWA TELP ANDA KE RANJANG
Gelombang Medan magnet yang ditimbulkan oleh alat electronik ini, dapat merusak system syaraf kita.
JANGAN TIDUR MASIH MENGENAKAN MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit kita,karena kulit tdk dpt bernafas. Selain itu bisa bikin jerawatan.
JANGAN TIDUR DGN ISTRI ORANG
Jangan-jangan anda tidak bakalan bangun lagi (karena dibunuh suaminya)

Malam Penguatkuasaan 2011 JKDM






Hari Raya di Perantauan...beginilah rasanya...





Melaka 2012

Jalan-jalan dengan hubby di melaka...





Entri Tertunggak - ISNIN 10.12.12

Assalamualaikum,

Teringat kereta yang tengah sakit…bila nak hantar ke bengkel. Rasa nak tumbuk je muka orang yang langgar kereta ku yang comel tuh.. Pintu kanan dah remuk,alarm x berfungsi. What to do???...nasib baik jer dia langgar pintu, dan bukan bodykit Mira ku. Ini semua dugaan….sedihnya..
Harap2 pemandu cuai tuh dah kena saman  dgn polis trafik…tq sarjan!!
Pagi nie kawan aku nie berdiet plak…nak makan roti je konon,hahaha amek kau…tengah hari ajak aku p cari makan..huhu melantak ler beb.. Kita org makan di gerai pokok cheri. Jue n conny makan nasi, sementara aku makan meehun sup…Well aku boleh bagi 3 star utk gerai nie sebab variasi makanan dan rasa yang boleh tahan.
Petang karang ingat nak pergi facial kat Seduissant dengan hubby..tapi appointment ditunda keesokan harinya..Rindu dimanja2 masa facial,…urut2 muka,..urut bahu…masker muka..cooling muka…
So dalam hat cadang nak bawa hubby pergi The Zon…x teringat pulak yang hubby shift malam harinie..So,…hubby pergi kerja aku sendirian main game,tengok tv smpai terlena…zzzZZZzz…...Selamat malam Cinta..

Sunday, September 9, 2012

Wednesday, September 5, 2012

Wedding Anniversary




Tinggal 3 hari lagi untuk 1st wedding anniversary saya dengan hubby...
Saya cadang nak buat jamuan..tu pun kalu larat...
Maybe saya akan tempah kek dari Secret Recipe atau Siti Fatimah buatkan kek...
Tak tau lagi...esok cadang nak pergi cari wedding annivesary card...specially untuk hubby...

Wednesday, July 11, 2012

Tukar Suka Sama Suka N17


Ada ka mau p Johor Bahru
PT/PO : N17 Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Johor Bahru
tempat mau bertukar area sandakan atau tawau...
berminat...PM ya...
tq admin...

mna2 yang mau bertukar jabatan pon ble....saya d area sg, pulai tg pelepas gelang patah.... mau bertukar ke johor bahru sbb rumah dekat

Thursday, June 28, 2012

Putu + Siagol

Pada sesiapa yang berbangsa bajau pernah makan ini ka...kalau nda pernah macam pelik plak..
Di Johor Bahru ne susah mau cari makanan orang Sabah...
Bagi sesiapa yang mengidam bolehlah pigi itu Masai mencari makanan bajau nie..
tapi org tausug yang menjual..len ckit la stail masakan dia....


Tuesday, June 19, 2012

Wednesday, June 6, 2012

Sebiji Durian

Al-kisahnya aku telah menghabiskan sebiji durian setelah beberapa minit,jam berhempas pulas untuk membuka durian tersebut...
Kisah aku khabarkan kejayaan makan durian ne bukan apa,saja nak abadikan kenangan ku dan durian yang ku dah impikan nak makan bersama encik tersayang..tapi aku dah tewas oleh baunya yang sangat menggoda...
tanpa memikirkan yang aku masih di dalam tempoh twoweekwait...
Harap2 xde kesan apa2...risaunya...hohoho...dah kenyang baru nak risau ekkk...

ni pict sendiri taw,dilarang amek tanpa kebenaran..


Hehehe..nilah duriannya....perut yang gebuss nie dengan riangnya menyanyi lagu kegembiraan sebab di jamu dengan makan fevret....
dalam stok ada lagi durian nie...nak makan dengan encik tersayang...
hohoho..aku dah sendawa dengan jayanya dan berbau durian..


Saturday, June 2, 2012

OPK Positiv - CD19 (02 Jun 2012)

Tepat pada pukul 10 malam..
Aku dengan gatal tangan gatal hati mencuba OPK..
Apa guna buat OPK..asben jauh maaahhhh


Friday, June 1, 2012

Jus Zureat - Atika Beauty

Salam semua...
Untuk TTC jun nie saya nak cuba produk lain plak....



ATIKA BEAUTY
ZUREAT
(Sesuai untuk lelaki dan wanita)




SAIZ : 250ML | HARGA : RM45.00 |


MASIH BELUM MENDAPAT ZURIAT ?Jangan putus asa dan ikhtiar di dalam mendapatkannya, kerana putus asa adalah penghalang bagi segala harapan. Cubalah ATIKA BEAUTY ZUREAT. Mungkin di sini bermulanya harapan baru anda!

ATIKA BEAUTY ZUREAT adalah dihasilkan bagi meningkatkan peluang untuk anda hamil. Ianya telah diformulasikan secara saintifik yang sah untuk mengoptimumkan kesuburan dengan selamat dan secara semulajadi, untuk lelaki dan juga wanita.

ATIKA BEAUTY ZUREAT adalah satu-satunya supplemen menambah kesuburan melalui nutrien herba dengan kajian formula secara tradisional dari masyarakat Mali. ZUREAT menyediakan keperluan vitamin, mineral dan anti oksida lengkap untuk lelaki, serta wanita yang ingin hamil.

ATIKA BEAUTY ZUREAT merupakan campuran herba-herba terpilih di mana kajian telah menunjukkan herba-herba tersebut dapat meningkatkan kesuburan dan meningkatkan peluang anda untuk mengandung. 

Antara kandungan aktif yang terbaik terbaik adalah : 


Bayam Merah (Amaranthus Tricolor)

Kaya kandungan protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, purin dan vitamin (A, B dan C). Daun bayam merah digunakan sebagai pengubatan berkhasiat untuk membersihkan darah sehabis bersalin dan memperkuatkan sperma. 

Buni (Antidesma Bunius (L.) Spreng)

Dapat mengubati kekurangan darah. 

Som Jawa (Talinum Paniculatum)

Berkhasiat pula untuk mengubati kitar haid yang tidak teratut, keputihan dan meningkatkan produksi air susu ibu. 


Biophytum Petersianum.


Telah lama dimanfaatkan oleh bangsa Mali untuk menyembuhkan luka, menebalkan dinding rahim (dinding rahim yang tebal memudahkan sperma melekat dan sekaligus memudahkan proses kehamilan). 

Peranan herba-herba di dalam ATIKA BEAUTY ZUREAT telah disahkan secara saintifik dalam meningkatkan kesihatan system reproduktif wanita juga lelaki.

Dari segi wanita ATIKA BEAUTY ZUREAT dihasilkan untuk menggalakkan keseimbangan hormone yang memainkan peranan utama dalam pusingan haid sihat dan ovulasi tetap, dan menyokong reproduktif wanita dan membina tisu-tisu reproduktif. Ianya juga membantu mengelakkan kelahiran cacat.

Di sudut lelaki pula, ATIKA BEAUTY ZUREAT adalah rumusan yang dihasilkan untuk menggalakkan pengeluaran sperma yang sihat dari segi kuantiti, berkualiti dan berketahanan. Kaya dengan sumber kuat anti oksidan untuk menyokong system reproduktif lelaki.

CARA PENGAMBILAN :

Sila goncang dahulu botol sebelum diminum. Ambil sebanyak 15ml, minum 2 kali sehari dengan menggunakan cawan sukatan yang telah disediakan, seblum sarapan pagi dan malam.

PERHATIAN : 

Warna, rasa dan cecair tenunan dalam ZUREAT akan berbeza antara setiap kelompok yang dihasilkan kerana bahan ramuan yang digunakan adalah semulajadi. 


Simpan di peti sejuk (< 8ºC). Jauhkan daripada kanak-kanak. 

Wanita yang mengandung dan kedatangan HAID tidak digalakkan mengambil ZUREAT ini.

Thursday, May 31, 2012

We Are Green - Makan2 @Senibong

Nothing much to say...so layan pict je la ya..
Sapa2 rasa nak termuntah sila sediakan plastik...
hehehe



Thursday, May 3, 2012

TTC untuk Cycle Mei nanti

Apa yang saya dah sediakann untuk next cycle ialah..


1. Jus Perawan  =  RM35(SM),RM38(SS)



 

Juice Perawan Plus Collagen
(Kekal Anggun & Muda Dengan Jus Perawan)
 

Khasiat Juice Perawan D’Herbs :
1) Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.
2) Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.
3) Menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).
4) Menegang & mencerahkan kulit.
5) Melambatkan proses monopous.
6) Memberikan tenaga dalaman wanita.
7) Meningkatkan sistem imunisasi.
8) Mengurangkan senggugut.
9) Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
10) Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga.

Kandungan Juice Perawan D’Herbs:
Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Acai Berry, Kurma, Madu, Roselle, Delima, Kolagen & Air Bertapis.


Cara penggunaan Juice Perawan D’Herbs:

1) Ambil 2 sudu setiap pagi & malam. Minum banyak air putih.
2) Tidak digalakkan bagi wanita yang sedang mengandung & ketika dalam haid.
3) Simpan di tempat sejuk selepas dibuka.


2. Evening Primerose Oil  =  RM 48.80

3. Asid Folik  = RM 26.90 untuk 90 hari

Infonya Klik sini kalau nak tahu ye Mommy semua...saya ambil brand Appeton

4. Vitex = RM 60.00

Jumlah setakat nie...RM 170.70 
berkorban demi zuriat sendiri...
bulan lepas minum Jus Bidadari ...hasilnya cycle jadi pendek dan Tiap Malam adalah Malam Pertama..hehehe

Tuesday, April 3, 2012

1.) Dia bekerja dengan Allah.....jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

BBT = Last week March

Thursday, March 22, 2012

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Kesuburan dan peluang kehamilan
Seorang suami bertanya kepada saya, jika tidak mengira dan mengenal pasti waktu kesuburan, berapakah peratus kehamilan seorang wanita? Adakah pasangan lelaki-wanita yang berjima’ sekali saja, boleh hamil?
Menurut kajian yang dilakukan oleh Barrett dan Marshall mendapati hubungan jima’ secara rawak hanya mencapai 24% peluang kehamilan bagi setiap kitaran haids bagi seorang wanita.
Ini bermakna ianya terlalu kecil. Maka peluang untuk kehamilan hanya akan dapat ditinggikan dengan mengenal pasti waktu kesuburan isterinya.
Jadi apakah itu waktu kesuburan (Fertile window)?
Ia adalah waktu yang paling subur di mana waktu beberapa hari dalam setiap kitaran haid untuk mendapatkan kehamilan selepas melakukan jima’. Bagi kitaran haid yang tetap, secara teori, ianya meliputi enam hari iaitu, lima hari sebelum ovulasi dan sehari selepas ovulasi.
Bagi mereka yang keliru dengan perkataan Ovulasi, ia berlaku semasa telur ovum yang matang dilepaskan dari ovari, dan akan bergerak ke tiub fallopian untuk disenyawakan. Bagi kitaran haid yang berlangsung selama 28 hari, ia berlaku antara hari ke 14 atau ke 15 dari hari pertama seseorang wanita itu mengalami pendarahan haid.
Kitaran haid yang tetap kadang kala disangka sebagai kitaran haid yang mengeluarkan telur ovum yang matang (kitaran yang subur), manakala kitaran haid yang tidak tetap kadang-kala dianggap sebagai kitaran haid yang tidak mengeluarkan ovum (kitaran tidak subur).
Namun ianya mungkin berlaku sebaliknya. Ramai wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur namun tetap menghasilkan ovum, manakala yang mempunyai kitaran haid yang teratur pula tidak menghasilkan ovum. Ini semua adalah ketentuan Allah. Maka bersyukurlah wanita yang tidak ada masalah untuk hamil. Bagi wanita yang bermasalah, berdoalah semoga Allah mengubahkan takdirnya.

Bagaimana mengenalpasti Fertile Window?

mengenali fertile windowFertile Window
Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap (28 hari kitaran haidsnya), fertile windowbagi si isteri ialah antara hari ke 10 dan hari ke 15.
Namun bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, bagaimana pula?
Dengan menggunakan kaedah Menandakan Kalendar, seseorang wanita menggunakan kitaran haid yang lepas sebagai panduan dan mengagak masa kesuburannya.
Bermula dengan menyimpan rekod bertulis kitaran haid selama 8-12 bulan berturut-turut. Tandakan hari pertama pendarahan haid sebagai hari pertama bagi kitaran haid itu.
Pilih kitaran haid yang paling panjang dan yang paling pendek. Tolakkan 18 daripada kitaran haid yang terpendek, dan ianya adalah hari pertama bagi hari pertama kesuburan. Tolakkan 11 daripada kitaran haid yang terpanjang dan tandakannya sebagai hari terakhir kesuburan.
Contoh:
Mac 29 hari
April 26 hari (kitar haid terpendek)
May 30 hari
Jun 31 hari (kitar haid terpanjang)
Julai 30 hari
Dalam contoh ini, kitar haid yang terpendek ialah kitaran haid yang mempunyai 26 hari manakala kitar haid yang terpanjang ialah yang mempunyai 31 hari. Tolakkan 18 dari 26 iaitu hari ke 8 sebagai hari subur yang pertama dan tolakkan 11 dari 31 iaitu hari ke 20 sebagai hari subur yang terakhir. Maka waktu subur antara hari ke 8 hingga hari ke 20.

Mengagak dengan lebih tepat

Kehamilan hanya akan berlaku jika ada kehadiran ovum iaitu pada pertengahan kitaran haid (bagi kitaran haids yang tetap).
Setelah ovulasi, ovum akan hidup di luar ovari selama 24 jam manakala sperma yang telah dikeluarkan oleh si suami pula boleh hidup selama lima hari di dalam badan wanita.
Maka dalam keadaan yang sempurna, waktu kesuburan (fertile window) hanya berlangsung selama enam hari, iaitu lima hari sebelum ovum dikeluarkan dan 24 jam selepas ovum dikeluarkan (ovulasi)
Namun semuanya bergantung kepada kehadiran cervical mucus yang baik, metabolisma sperma, daya tahan sperma itu, tahap pH pada vagina dan banyak faktor yang tidak dapat dikawal oleh manusia.
Maka saat yang benar-benar subur adalah sehari sebelum ovulasi dan sehari selepasnya. Peratusan kehamilan adalah lebih tinggi, lebih kurang 60%.
Jika kaedah Menandakan Kalendar ini menjadi sukar bagi sesetengah pasangan, terutama bagi si isteri yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur, ada beberapa cara lain untuk menentukan fertile window.
Antaranya menggunakan alat untuk ujian air kencing. Ia boleh mengesan kenaikan hormon LH secara tiba-tiba (LH surge) yang berlaku 24 hingga 36 jam sebelum ovulasi. Apabila ianya positif, hubungan jima’ haruslah dilakukan pada malamnya kerana ia adalah waktu kesuburan.
Dan ada beberapa teknik lain seperti Cervical Mucous Monitoring dan Basal Body Temperature.
Namun yang lebih penting, bukan sahaja cahayamata yang dinantikan tetapi juga menginsafi diri bahawa kejadian kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Ianya hanya pinjaman dan akan diambil semula. Gunakan masa yang ada sebaiknya.

Wednesday, March 21, 2012

Mengapa Hawa tercipta ketika Adam tidur?


Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam 'alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.


Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).


Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.


Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.


Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.


Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.

Monday, March 19, 2012

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah.....jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

BBT =2nd week March