Perjalanan Alam Perkahwinanku

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 24, 2013

Selamat Hari Polis

Assalamualaikum,

Buat suamiku yang bertugas jauh di pedalaman pantai yang tidak diketahui lokasi dan koordinatnya..Selamat Hari Polis Adinda ucapkan...semoga makin maju dalam setiap tugasan yang diberi....
 Buat Pegawai Polis Seluruh Malaysia....teruskan perjuangan demi menjaga keamanan negara yang tercinta. Biarpun dihina, dicaci...tugasmu suci dan bersih Integriti...
Buat Pahlawan-pahlawan yang masih meneruskan perjuangan...Kami doakan yang terbaik...

Tuesday, March 19, 2013

Rindu Mama

Abadikan gambar mama...rindu sangat dengan mama. Bila lah agaknya dapat balik kampung ni?....

 Saya dan mama tersayang..

Mama dan menantu kesayangan...


Thursday, March 14, 2013

Tukar Suka Sama Suka N17 - 2#

ASSALAMUALAIKUM kawan2 di alam maya,...

Untuk pengetahuan, suami saya telah mendaftarkan namanya dalam ESSCOM,atau nama penuhnya Eastern Sabah Security Command. 
So, oleh yang demikian suami saya akan ditukarkan ke Sabah.
Tujuan saya menulis entry kali ini adalah untuk mencari kawan2 yang ingin bertukar suka sama suka bagi gred jawatan Pembantu TadbirN17. Untuk pengetahuan sekarang ini Saya bertugas di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor di Johor Bahru. So sesiapa yang berkenaan boleh hubungi saya melalui emel yahoo, jojo_perry87@yahoo.com.my
Secepat yang mungkin,....dan sesiapa yang ada info berkenaan pertukaran boleh hubungi saya..
sekian terima kasih...

Monday, January 7, 2013

TUKAR SUKA SAMA SUKA POLIS PDRM

SALAM,,



Untuk entry ini,..saya nak siarkan pengumuman untuk sesiapa yang yang berminat dari Sabah hendak bertukar ke Semenanjung, iaitu di Johor. Tawaran ini terbuka untuk Anggota Polis yang bertugas di Sabah dan bertukar dengan suami saya yang bertugas di BN6 PGA, Muar Johor. Kemudahan yang ada adalah berek yang baru belum didiami dan banyak kosong. Cuti bermacam2....cuti aral,..cuti biasa, cuti nkra, cuti balik dari pantai. Sebenarnya yang lain2 saya x berapa tahu sebab ini husband saya yang yang punya kerja. Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan saya.



TEMPAT BERTUGAS : BN6, PGA MUAR JOHOR

TEMPAT INGIN BERTUKAR : AREA SABAH



Untuk yang berminat sila komen di ruangan komen dengan detail penuh....
Atau boleh call 013-5461008

Sunday, December 30, 2012

BERAKHIR DAH 2012




Berakhirlah 2012

Maka detik jam 00.00hrs malam nie, maka berakhirlah tahun 2012 yang penuh suka dan duka dalam hidupku bersama suami. Mengingat kenangan yang lalu membuat aku tersenyum kerana semua yang berlaku telah mematangkan lagi diriku. Ikatan cinta yang terbina juga makin bertambah usianya,...benar kata orang "First year of the Marriage is the hardest"...tapi aku dan hubby telah laluinya dan ianya memberi kami pengalaman yang penuh bermakna. Maka tahun akan datang ini adalah tahun kedua perkahwinan aku dan hubby. Moga tahun 2013 memberi kami rezeki yang x ternilai. Terima kasih Allah S.W.T kerana sampai saat ini aku dan suami serta keluarga, sahabat handai masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini.....