Perjalanan Alam Perkahwinanku

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 2, 2011

Supplement untuk ibu Hamil - Asid Folik

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida).


Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada spina bifida :
• Keluarga yang pernah mengalami NTD
• Pernah hamil anak yang mengalami NTD
• Mengambil ubat sawan
• Kencing manis

Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.
ASID folik adalah sejenis vitamin B. Terdapat 12 jenis vitamin B. Asid folik dilaporkan dapat menurunkan risiko kecacatan otak dan saraf tunjang (sistem tiub neural) janin atau bayi sehingga 80 peratus.

Ini adalah penurunan risiko yang besar.

Pembentukan otak (dan organ lain) janin berlaku dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan (12 minggu ke bawah). Apabila seseorang disahkan hamil melalui ujian air kencing, usia kandungannya sudah pun lima minggu.

Doktor lazimnya menasihatkan wanita mula mengambil pil asid folik sebanyak lima miligram atau sekurang-kurangnya 400 mikrogram setiap hari seawal sebulan sebelum memulakan kehamilan.

Secara praktiknya memandangkan kita tidak pasti bila kita akan hamil, maka pengambilan pil asid folik elok dimulakan bila-bila masa sama ada sebulan sebelum perkahwinan atau sebulan sebelum menghentikan pengambilan kaedah mencegah kehamilan.

Bagi wanita yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan berkaitan seperti bayi tanpa tempurung kepala (anencephaly), asid folik, elok diambil sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum kehamilan.

Pengambilan makanan berkhasiat dan suplemen berkaitan dapat memberi sumber makanan optimum kepada janin anda, tanpa menunggu sehingga selepas kelahiran.

Selain itu, tidak salah jika anda ingin meneruskan pengambilannya kini. Kajian juga ada melaporkan kebaikan lain asid folik seperti mengurangkan risiko nyanyuk apabila berusia lewat kelak.

Vitamin B pula seperti vitamin C iaitu bersifat larut air, pengambilan dalam dos berlebihan akan bersifat membazir kerana ia akan keluar di dalam air kencing atau najis. Anda juga dinasihatkan mendapat nasihat doktor anda sebelum pengambilan suplemen lain.


Sumber daripada :

Harian metro

ddhasnidar.blogspot.com

Kehamilan 5 Minggu





Anda mungkin tidak kelihatan hamil pada masa ini, namun, jantung embrio, yang lebih kecil dari biji kaskas, sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantung mula membahagi kepada kamar-kamarnya dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma denyutan yang baik. Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia. Ia membesar secara memecut pada minggu ini.
 
Organ utama, seperti ginjal dan hati, mula muncul. Tiub saraf, yang menyambungkan otak dan korda spina, akan tutup pada minggu ini. Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda. Usus sedang berkembang dan apendiks bertempat di ruangnya.

Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul. Dapatkan maklumat tentang
folik asid yang diperlukan oleh anda.





sumber dari :
www.babycenter.com.my

Kehamilan 4 Minggu


Terdapat bebola sel - yang kini bergelar embrio - sedang membesar dalam uterus anda dan ia telah mencapai saiz sebesar biji kuaci. Ia mempunyai tiga lapisan yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah di sisi kepalanya, terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga bayi.

Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan tumbuh - kini membesar di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan sistem urinari yang awal. Dalam pada itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menghantarkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi.

Jika anda belum lagi mencuba ujian kehamilan rumah, mengambilnya sekarang akan dapat mengesahkan kehamilan anda.  Sesudah akan mendapat pengesahan, bolehlah anda menghubungi doktor anda dan membuat janji temu. Penjagaan antenatal yang baik dan konsisten adalah antara cara yang terbaik untuk memastikan yang anda dan bayi anda sihat sepanjang kehamilan anda.




sumber dari :
www.babycenter.com.my

Proses Persenyawaan


Adakah anda bersedia? Ramai wanita, ketika mahu hamil, bertindak untuk tidak mengambil minuman keras, tidak merokok atau mengambil sebarang ubat - termasuk ubat yang dijual tanpa preskripsi - agar badan mereka berada dalam keadaan yang paling sihat untuk menghasilkan bayi. 


Walaupun agak aneh, doktor anda akan mengira tarikh jangka lahir (dan umur gestasi bayi anda) dengan menghitung balik ke hari pertama haid terakhir anda. Oleh sebab sukar untuk mengetahui dengan tepat bilakah masa ovulasi, dan juga bila sperma mensenyawakan telur anda, pakar perubatan sering menggunakan tarikh haid terakhir sebagai titik permulaan bagi sembilan bulan berikutannya. Ini bermakna secara "rasmi" minggu pertama kehamilan anda ialah minggu haid terakhir anda bermula. Sebab itu, umur sebenar bayi ialah dua minggu terawal dari umur gestasinya.     











Semasa minggu kedua - dan setiap bulan sepanjang tempoh penantian ketibaan nyawa baru - hormon estrogen merangsang uterus anda untuk menyediakan lapisan tisu yang subur dan sarat darah. Peningkatan tahap hormon progesteron menyediakan uterus untuk menyara telur yang disenyawakan. Pada masa yang sama, ovari mematangkan telur-telur dalam sak-sak penuh cecair yang bergelar folikel. Dalam tempoh masa singkat badan anda membuat persediaan ini, konsepsi boleh berlaku, asalkan sperma berjaya bertemu telur. 

Menjelang minggu ketiga, beberapa perkara akan berlaku. Di pertengahan kitaran (hari ke-14 dalam kitaran biasa 28 hari), anda akan mengovum - satu daripada telur anda ditarik dan dimasukkan ke dalam tiub falopio. Dalam 12 hingga 24 jam berikutan, telur ini akan disenyawakan jika satu daripada 350 juta sperma (jumlah dalam pancutan mani biasa) berjaya berenang dari vagina, melintasi uterus, terus menuju ke tiub falopio, lalu menembusi telur. 

Setelah disenyawakan, telur itu, sekarang bergelar zigot, dengan serta-merta menutup membran luarnya untuk menyekat 250 sperma lagi yang juga berjaya membuat perjalanan itu. Kemudian ia mula membahagi kepada sel-sel yang serupa sambil membuat perjalanan turun dari tiub falopio ke uterus, di mana ia akan terus berkembang. Anda mungkin tidak sedar yang anda hamil untuk beberapa minggu lagi, walaupun setengah wanita percaya yang mereka tahu saat-saatnya konsepsi berlaku. 



sumber dari :
www.babycenter.com.my

Thursday, April 21, 2011

Surat untuk Suami dan Surat untuk Isteri

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,

ayang





Reply: Surat Untuk Ayang dari Abang

Dear Ayang,


Bukanlah abang sayang keta tu lebih dari ayang.. Tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang tak nak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bagun tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pikir mana tak abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yang di oder dari jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bagi apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang tak nak, ayang nak jugak piza dari jepun.. nasib baik abang tak belikan kalau tak anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish tak nak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dengan sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dari keta tu walau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang tak tau berape kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

Sebab masa tu ayang kalau mekup memang sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dalam citer Pontianak Harum Sundal Malam.. Bukan ayang tak cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. Walau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang  tak yah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tengahari nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bagi tau jugak kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kampung abang izinkan. Cuma jangan lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. Kalau ada gulai tempoyak ke nanti jangan lupa bawak balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang  tak yah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nanti abang balik kampung abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nanti bukan setakat calar jek silap2 leh masuk hospital. abang kene tanduk tak pe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dapat anak bukan senang takut nanti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jangan sampai jatuh longkang lagi.. :senyum:.. abang mmg tak nak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. memang abang ketawa...hahahhahahahahha 


From, 

Abang



sumber dari post halaqah.net

Tuesday, April 19, 2011

Jangan Katakan Keadilan Dalam Hidup itu tidak Wujud

Asalamualaikum...

Apa yang saudara alami sekarang ini lebuh kurang sama dengan apa yang saya alami sekarang...
Saya anak sulung dari 8 adik beradik....Mak saya tidak bekerja umur dah 40 lebih,sakit darah tinggi dan macam2...Ayah pula duduk rumah sahaja...dah tak kerja..tiap bulan ayah gaduh dengan mak sebab duit...
Duit selalu jadi masalah dalam keluarga..ayah nak duit poket sebab dah terbiasa hidup senang(dulu kaya tapi dah bankrap)...ayah selalu buat masalah..bila takda duit,ayah suruh mak minta dengan anak2(saya dan adik 3orang dah bekerja swasta)...tapi selalunya saya yang akan menyelesaikan masalah bila ayah buat masalah..adik2 saya semua masih muda,tak tahu apa2... So sayalah yang bertanggungjawab atas semua masalah dalam keluarga saya...tiap bulan saya x cukup duit..sebab kirim kat mak.untuk perbelanjaan adik2 yang masih sekolah..makan minum api air semua saya tanggung...pakaian dan belanja harian saya yang tanggung... Ayah saya langsung tak boleh harap...
Saya rasa sayalah orang paling malang didunia ini... Masa sekolah rendah dulu saya bekerja sambil sekolah..ambil upah menjual ikan,menjual kuih...Duit yang saya peroleh itu bagi kat mak untuk makan adik2 saya.. Saya tak pernah ada baju baru...hari raya orang semua pakai baju baru...saya pakai baju lama(buruk)..saya segan dan sanggup duduk umah jer,sampai sekarang ini pun saya tak pernah berkunjung ke rumah orang bila raya tiba..walaupun saya dah ada baju baru,tapi saya dah terbiasa...
Saya selalu berhutang dengan bos tempat saya bekerja..kerana kadang2 ayah akan minta duit...bila ayah tak dapat duit sepak terajang yang dia bagi kat saya dan mak...saya tak nak mak saya dibuat macam tu,saya kasihan kat mak..mak penat menjaga saya dan adik2 tapi ayah saya tak pernah faham..pernah sekali ayah tendang kat perut saya dengan kaki dia...saya tertunduk kesakitan,ayah mengugut akan membunuh saya dan mak kalau tak bagi dia duit,rantai emas yang ada kat saya ayah tarik dan bawa lari pergi pajak gadai...
Saya hidup susah...biarlah saya yang menderita,saya taknak mak saya mengalirkan airmatanya kerana seksa dengan kehidupan kami...
Saya orang misikin..gaji yang saya dapat cuma cukup untuk makan minum keluarga sahaja..Saya selalu ikat perut,saya lebih rela hidup tak makan..yang penting mak dengan adik2 makan cukup dan sihat..sekolah pun saya pentingkan...yuran sekolah dan segala perbelanjaan sekolah..saya yang tanggung.. Belanja perubatan mak saya...pun saya yang tanggung...
Walaupun ayah saya macam tue..saya tak pernah ambil hati dengan dia,, Dia tetap ayah saya walau seburuk manapun dia..dia tetap ayah saya...dalam hati saya sentiasa berdoa  pada  yang maha Esa moga satu hari nanti dia akan berubah...  Baru2 ini ayah ada menghanta r sms pada saya ‘ Nisa ayah tahu ayah salah..ayah hidup seksa dan masih tak boleh terima yang ayah sudah tiada apa2..maafkan ayah, sebab ayah, kamu terpaksa menanggung makan minum dan perbelanjaan ayah,mak dan adik2…ayah tak mampu lagi bagi nafkah kat kamu semua, ayah minta kamu halalkan lah semua yang kamu pernah beri kat ayah..ayah sayang kamu semua’…itulah sms yang ayah saya hantar, mengalir arirmata saya membacanya…
Walaupun saya miskin,saya tak pernah mengeluh...saya hidup dengan gembira dan berusaha demi mak,ayah dan adik2 saya....keluarga saya amat penting bagi saya..Mak dan adik2 tak pernah nampak kesedihan dan airmata saya…mereka melihat saya sebagai seorang yang ceria.. Saya tak memperlihatkan kesedihan saya..agar mak adan adik2 tahu saya kuat menghadapi ujian Allah…saya hanya menangis bila bersendirian..dan kini saya sentiasa menangis di hadapan Allah..
Bila saya rasa sedih dengan hidup ini,..saya akan ingat dalam hati saya yang Allah itu maha adil… Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya….

Maaf andai ada tersilap eja atau penggunaan bahasa..kerana saat menulis ini airmata saya mengalir..
...Renung2kanlah...dlam dunia ini masih ramai lagi yang bernasib malang lebih daripada anda.....

Wassalam…

Thursday, April 7, 2011

Cintaku

Walaupun usia perkenalan masih seperti kain putih, namun itu tidak mematahkan semangatku untuk mengenali dirinya…
Ya dialah insan yang telah dihantar padaku…syukur ke hadrat ilahi kerana segala kekusutanku selama ini terlerai sudah,Cuma menunggu masa yang sesuai untuk menghebahkannya. Mohd Ridwan itulah namanya, jejaka yang telah berjaya mencuri perhatian aku… Kini hatiku telah terpaut padanya... Aku pun dalam masa yang sekejap sahaja memerimanya tanpa berfikir panjang.
Saat ini aku dan dia dalam tempoh perkenalan…terlalu awal rasanya untuk aku menceritakan perihal tentangnya..namun aku sendiri tidak pasti kenapa dia begitu istimewa buatku.. Apapun aku berharap biarlah dia insan terakhir yang wujud dalam hidup dan moga perhubungan ini akan berlanjutan hingga ke jinjang pelamin..
Amin moga dipermudahkan segala urusan kami berdua.....